Cik Atenn Azlan//


JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Cik Atenn Azlan
31 tahun
Married
Shah Alam
Universiti Malaya











CHECKLIST PERKAHWINAN YANG LENGKAP


Pilih tarikh dan waktu untuk bernikah, resepsi dan majlis bertandang.
Pilih lokasi majlis
Tetapkan tema majlis
Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu
Rancang aturcara majlis
Uruskan bajet
Hubungi kadi dan pejabat Agama Islam
Hubungi saksi pernikahan
Tempah lokasi majlis berlangsung
Upah perunding majlis perkahwinan *jika perlu
Pilih juruandam dan bridal
Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
Pilih katerer atau masak gotong-royong
Pilih jurufoto dan juruvideo
Pilih kedai bunga dan penghias lokasi majlis
Pilih kumpulan persembahan
Pilih kek pengantin
Bincang rekaan baju
Bincang barang hantaran
Pilih penggubah hantaran
Rancang destinasi bulan madu
Rancang tempat tinggal selepas berkahwin



Himpunkan senarai tetamu
Tempah kesemua yang dipilih tadi
Beli barang hantaran
Hadiri kursus perkahwinan
Buat pemeriksaan HIV
Buat rawatan muka



Pilih dan tempah kad jemputan
Sediakan peta lokasi
Beli cincin perkahwinan
Tempah atau beli cenderahati tetamu
Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah
Tinjau lokasi majlis
Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong-royong
Beli hadiah istimewa untuk pasangan selain hantaran
Pastikan kesemua kelengkapan perkahwinan telah ditempah
Bayar deposit (jika perlu)



Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Islam negeri masing-masing
Sediakan senarai tugasan untuk keluarga
Sahkan kesemua tempahan tadi
Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan
Buat tempahan untuk melakukan spa
Pilih senarai lagu/nasyid
Tulis alamat tetamu pada kad jemputan
Mula membungkus cenderahati tetamu



Hubungi jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah
Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh
Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis
Cetak aturcara majlis
Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan yang datang dari jauh
Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan
Rancang kedudukan tempat duduk tetamu



Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan
Bincang panduan yang disediakan dengan jurufoto dan juruvideo
Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga
Buat rawatan muka dan badan
Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambil dari pereka atau bridal
Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
Sediakan hiasan meja
Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya
Berlatih senyum setiap hari



Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan
Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai
Serahkan permohonan cuti kepada majikan
Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan kepada katerer
Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan
Sahkan semula percutian bulan madu
Mula kemas beg untuk bulan madu
Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi dalam sampul
Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut

Seminggu Sebelum Majlis

Pastikan sudah bercuti
Pastikan pakaian pengantin sudah diambil
Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yg telah ditempah
Siapka hantaran dan cenderahati (makanan)
Buat rawatan muka dan badan yg terakhir
Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga
Sediakan dan pasang papan tanda
Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda
Buat raptai majlis resepsi
Semak berulang kali senarai ini dan senarai keperluan



Pastikan barang yang dipinjam, disewa dan ditempah sudah diterima
Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda
Pakai inai di jari
Rehat dan tidur awal!



Bangun awal dan mandi sunat
Pastikan ada banyak masa untuk bersiap
Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup
Lalui majlis dengan penuh gembira!!



SELAMAT PENGANTIN BARU!