Cik Atenn Azlan//


JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Cik Atenn Azlan
31 tahun
Married
Shah Alam
Universiti Malaya











Resepi Air Asam Paling Sedap


Assalamualaikum.

Sejak aku kahwin dengan orang Utara tang Perlis ni aku dah pandai buat sambal pakai belacan dah sekarang ni. Dulu mana la nak reti, nak tera semua ni kan. Orang Kelate kan suka benda yang sweet sweet je. Macam aku ni haa. Sweet gila.

Ni resepi mak mertua aku. Apa yang aku tahu, mak mertua aku orang yang pandai masak dan masakan dia sedap. Buktinya bila tiap kali ada jamuan kahwin ke, majlis makan makan ke. dia akan diangkat sebagai ketua chef untuk handle rasa masakan dan apa bahan bahan yang perlu disediakan. Di sini aku ingin tekankan, bahawa korang takyah nak ragu ragu sangat la untuk mencuba resepi air asam paling sedap ni. Memang sedap gila baq anggggg.

Bahan-bahan :
Belacan
Asam Jawa
3 cili padi (merah)
3 cili padi (hijau)
1 tomato
1 bawang merah
1 asam limau
Air sejuk
Garam
Perencah secukup rasa

Info : Belacan dan asam jawa - anggaran sama besar dengan ibu jari tangan atau lebih sikit.

Cara-cara :

1) Tumbuk sekali belacan, asam jawa dan cili padi hingga sebati. 
2) Masukkan garam, perencah secukup rasa. *Gula pun boleh kalau nak
3) Tumbuk dan gaul. Jangan sampai lumat sangat sangat. Biasa biasa sudah.
4) Masukkan air sejuk sedikit. Jangan sampai cair.
5) Masukkan bawang merah dan tomato yang sudah dihiris. Kacau hingga sebati.
6) Perah air asam limau ke dalam. 

Pergh, memang terangkat (y)

Selamat mencuba !