Cik Atenn Azlan//


JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Cik Atenn Azlan
31 tahun
Married
Shah Alam
Universiti Malaya











Kisah Aku Nak Pregnant

Assalamualaikum

Bila aku dengar berita kawan-kawan aku semua dah pregnant beranak pinak bagai, tiba-tiba je hasad dengki tu menyelebungi diri aku. Kadang datang rasa berdosa dalam diri ini ‘eh dah kenapa aku nak jeles dengan pemberian Ilahi dekat kawan-kawan? Aku sepatutnya tumpang happy sekali‘. Bukan begitu ? Yaa. Itu sepatutnya dan sewajibnya. Masyaallah.

Pernah juga aku menangis bila tekaan aku meleset. Kekononnya feeling-feeling pregnant gitu. Mentang la penat tak larat sikit terus TOINK! ‘i’m pregnant right now?’. Padahal just feeling je lebih. Tapi tulah aku, lebih melayan kata hati. Yela orang cakap kata hati tu kadang ada betulnya. Lagi-lagi yang bajet ada naluri keibuan macam aku ni haaa. Sekali test, tu diaa negative baq ang. Terus menangis bagai nak rak.Kadang macam nak kena histeria pun ada tengok 1 line kat pregnancy test. Pernah aku menjerit dalam jamban ‘nak 2 lineeee!!’ . Sekali suami aku tegur , ‘3 line taknak?’. Dah dia kenapa ?

Kalau dulu Miss P ( i mean Period) tu dah macam bestfriend forever. Yelaa, sebab Allah Bagi Cuti kononnya. Tapi sekarang bila Miss P datang, Allah, rasa nak hentak kepala kat dinding. Mulalah nak salahkan diri ‘aku silap kira hari subur ke ape ni?’. Kadang aku salahkan hormon, rasa macam hormon aku mengkhianati aku dalam diam. Kadang tu pulak aku jeling geram je kat suami aku sambil kepal-kepalkan tangan aku. Takkan aku nak salahkan sperma dia yang berenang tak sampai ke destinasi ovum aku pulak. Tapi rasa macam nak salahkan sperma pun ada sebab dia tak jumpa cari si ovum tu. Nampak dalam Youtube punyalah semangat depa ni berenang-renang. Haha. Kalau dulu aku tak ambil port langsung pasal hari subur, ‘mende entah hari subur tu’. Macam kisah tak kisah. Sekarang ni dah hampir sebulan aku menelaah pasal Hari Subur tu. Dah kira khatam. Kalau dulu time PMR aku khatam bab pembiakan, confirm masa form4 aku dapat masuk kelas Sains Tulen. Haha. Dan sekarang aku selalu main kira-kira hari subur pakai jari. Dan bila sampai hari subur, mulalah aku goda suami aku. Allah. Goda demi anak, bukan untuk diri sendiri. Kalau untuk diri sendiri rasanya tak berdosa pun, makin dapat pahala berganda adelah.

Bila bersama tu, punyalah aku semangat ikut tips orang yang dah lama makan asam garam ni. Punyalah tak berdiri terus. Lepak setengah jam. Letak bantal segala. Nak bagi sperma tu berenang-renang dan sampai ke tempat yang dituju. Kadang terfikir jugak asal kena setengah jam. Aku tak rasa benda tu jauh. Sekangkang kera je pun. Tapi dia punya kena lepak setengah jam tu dah macam dari Damansara nak pergi Universiti Malaya. Macam jauh pulak kan. Padahal? Hahaha. Sengal.

Kadang bila aku menangis mengadu merengek dekat suami aku, dia macam marah-marah aku cakap aku takleh terima ketentuan dari Ilahi. Dia cakap aku macam tak percaya dengan takdir Allah, macam aku pertikai dengan rezeki Allah. Masyaallah


Bagi aku sendirilah kan, susah gila nak dapat anak. Tackle pak kejap je dapat. Tak tak. Bukan aku yang tackle pak. Pak yang tackle aku. Pembetulan okeh. Pak tackle mak kejap je dapat. Dalam sebulan dua dah melekat dah. Tapi Masyaallah, nak tackle anak punyalah susah. Rasanya dah hampir 8 bulan kahwin tak melekat lagi. Wahai anakku, mana awak ? Jangan takut-takut, mak dengan pak janji takkan marah awak kalau awak buat bising time game Manchester United. Kalau pak marah awak, nanti mak suruh pak tidur kat luar. Mak janji! I swear.

Mak nak sangat rasa awak nendang-nendang perut mak. Mak nak sangat rasa awak berguling kuak melentang dalam perut mak. Mak nak sangat rasa awak tarik-tarik pundi kencing mak. Mak janji kalau awak buat semua tu, mak takkan goncang-goncang perut mak pura-pura gempa bumi. Mak janji takkan lemaskan awak dengan meminum air 2 baldi.

Suami aku sebenarnya macam tak kisah kalau aku tak dapat pregnant dalam masa terdekat. Dia pun mesti ada plan sendiri kan? Nak kumpul duit dulu banyak-banyak. Banyak mana entah. Paham sendiri la kos tanggungan nak jaga anak ni bukannya sikit, lagi pulak duk KL, dengan aku duk study lagi. Tu pon aku duk tengok dia dah nazak cari duit duk bayar yuran pengajian aku beribu-ribu. Kalau tetiba aku pregnant, dapat pulak alahan pelik-pelik, bukan ke dah bagi aku satu kesusahan dan kepayahan untuk pergi kuliah ? Aku kalau pening kepala, muntah sikit je dah lembik satu badan tak boleh buat apa kerja dah. Tu tak kena lagi alahan yang mahadasyhat lagi menyeramkan.

Lagipun ma dengan mak mentua aku tak bagi aku pregnant lagi, katanya suruh aku habiskan pengajian dulu. Dorang kesian kat aku la kot.

Lagi satu, mood honeymoon kitorang tak habis lagi. Hahahahaha. Ayat cliche. Eh betullah, bila dah ada anak mesti aku akan abaikan suami aku. Yelaa, duk mengadap anak 24 jam. Kalau macam sekarang, aku suka gila peluk suami aku. Tak kira dalam keadaan apa sekalipun. Time tengok tv ke, time dia duk makan ke, time dia tidur lagilah aku peluk. Kalau dia disuruh describe pasal bini dia yang sorang ni mesti dia akan cakap aku ni suka gila peluk dia. Kadang sampai aku tanya dia ‘best tak kena peluk?’, dia cakap ‘best’. Hahahaha.

Tapi aku percaya dengan perancangan Allah. Aku yakin Allah dah aturkan rezeki kami sebaik mungkin. Sebab kenapa aku percaya ? Dulu aku pun tak sangka jodoh aku akan sampai awal. Kalau Allah mengkehendaki maka termakbullah segala doa dan permintaan kami. Kalau Allah perkenankan, maka semua urusan kami dipermudahkan. Cuma jangan lupa untuk sering memohon dan meminta dariNya. Insyaallah. Coming soon.
Nota Kaki : I had a dream I was pregnant. I had to run in and take a pregnancy test just to see. It was negative. This is why I call pregnancy dreams ‘nightmares’ rawwrrrr. I cant stop crying, sobss sobss – Atenn