Cik Atenn Azlan//


JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Cik Atenn Azlan
31 tahun
Married
Shah Alam
Universiti Malaya











Sebelum Nikah VS Selepas Nikah : Member Ajak Keluar

Realitinya. Beza gila hidup sebagai orang bujang dan selepas dapat title jadi bini orang. See ? Dh maju setapak. Ok. Aku nak share sikit pasal ajakan kawan keluar lepak ni. (Ni pun sebab ada orang inbox suruh share ape je cerita, so kali ni aku nak share pasal mendealah ni. Setuju?)


Ok. Lemme start bercerita sekarang.

Dulu masa aku mula mula nikah memang agak awkward sikit pasal bila nak keluar jumpa kawan kena mitak izin then dia mesti tak bagi. Banyak bebenor alasannya. Takot kena ragut, takot keselamatan tak terjamin bila duk kat luar rumah. Rasa pelik sangat. Pasal dulu masa aku couple jauh panggang dari api aku nak dengar cakap dia. Dia tak bagi keluar, aku redah je. Sbb masa tu aku pikir, aku bawah tanggungan mak ayah. Kalau mak ayah izinkan, so kira takde masalah bagi aku. Dan semua kawan aku kenal aku macamana. Mana nak dengar cakap pakwe semua ni. Lantak pi la. Selagi tak jadi suami aku, jgn harap aku gigih nak patuh taat bagai. Apa kejadah.

Time tu laa. Time lani, takleh dah cakap lagu tu. Derhaka okeh. N.U.S.Y.U.Z.

Dulu kalau kawan text 'jom keluar'. Beria ia reply. Nak buat camne, hidup bosan gila. Tidur, makan, ngadap laptop 7 hari seminggu. Kalau sebulan ada 30 hari, kira 30 hari sebulan duk ulang tayang benda yang sama. Nak dating ? Dia pon ada life dia sendiri. Takkan asyik nak berkepit 24 jam kot. Tapi bila kawan cakap 'next week'. Aku dalam hati menjerit 'AHH. AKU SUNYIII'. See. Sampai hentak hentak kaki, sampai rasa nak kokak lengan orang sebelah pasal kawan cakap bukan skang tapi lain kali. Nak nangis.

Tapi sekarang, bila kawan text 'Jom keluar'. Rasa cuak. Terkedu. Tak dapat nak reply. Kena mitak izin dulu. Tapi tu la, bila mitak izin selalu tak dapat. Kecewa jugak. Kadang gaduh jugak. Nak jumpa kawan perempuan, bukan kawan laki, tapi tetap tak boleh. Yang paling sentap bila dia cakap 'taknak dgr cakap saya, lepas ni awak mitak duit kt orang lain. Yuran awk suh org lain bayarkan. Makan minum pakaian awak suh orang lain belikan'. Yang tu kira biasa biasa lagi, tapi paling boleh buat taik telinga cair bila dia cakap 'ingat sikit, syurga awak bawah tapak kaki saya. Bila bila masa je saya boleh tarik syurga awak tu kalau bila saya dah tak redha'. Mak aii, main syurga neraka bagai. Sendu mak kejap.

Dulu masa bujang best la dapat text member ajak keluar lepak sebab dulu takde apa nak buat. Skang dah kahwin, ada banyak kerja yang kena buat. Pagi pagi je buka mata tak sempat korek taik mata dah kena siapkan breakfast kat suami. Seharian kat rumah kena kemas rumah, basuh baju, masak untuk dia, uruskan hal rumahtangga, tunggu dia balik kerja. Malam pulak kena ada sebelah dia, teman dia tengok movie, layan bola sama sama, dengar sume masalah dia kt tempat kerja, pastu sebelum tidur wajib kena urut badan dia. Wajib urut. Wajib.

Sebenarnya dia tak bagi aku keluar rumah kes takot aku lagha. Tak masak dan tak kemas rumah. Sebab tu yg selalu dia cakap. 'Kalau awk keluar, sape nak masak, sape nak kemas rumah?'. Padahal aku boleh je masak dan kemas rumah sebelum keluar rumah jumpa kawan. Apedahal kan? Sebelum keluar, aku tampal la satu note kat board. Cakap 'Semua dh settle. masak dah. Kemas rumah pun dah. Jangan risau, saya keluar tak lama. Jumpa nanti Miss u. Muah'. Andai kata boleh. Tapi tak bolehhhhhh.

Sebab sebenarnya dia nak bila dia balik rumah, dia nak aku yang bukakan pintu, aku yang ambil beg dia bawa masuk bilik, aku yang kena kutip kemeja dia yang dia campak merata kat sofa, aku juga yang kena hulurkan pants atau boxer kat dia. Dan dia yang nak aku hidangkan makanan untuk dia. Kalau boleh dia nak aku tanya dia acah acah caring kat dia 'Lapar tak? Kalau nak makan, saya hidangkan'. Tapi kalau dia cakap tak lapar lagi, then buat buat betulkan urat dia, dia nak aku urut badan dia. Faham sangat -,- Drama ni cliche sangat.

Ekseli la kan, suami akan rasa dihargai bila dia penat penat balik kerja, boleh tengok isterinya menanti kepulangannya di rumah dengan senyuman yang terukir di bibir. Hmm, faham sangat -_- Hehe

Kadang ada kawan yang tak faham situasi. Tapi aku yakin, bila dorang dah berkahwin, dah ada life sendiri, baru dorang akan rasa apa aku rasa. Tidaklah aku katakan perkahwinan itu menyusahkan malah menyeksakan. Tapi perkahwinan itu perlu ada komitmen, ada tanggungjawab dan apa jenis keputusan yang nak dibuat perlu dibuat bersama. Ingat, kita bukan lagi bersendirian. Kita sudah berpunya :) <3 ;)

Nota kaki : Bagi sari dua je bini takde kat sisi, lelaki garang, lelaki panas baran macamana sekalipun nak jugak duk dengan bini. Tak nampak selama ni bini ikhlas sygkan dia, sanggup buat apa saja utk dia. Tp laki ? Ego je memanjang. Cakap berlambak perempuan kat luar dia boleh pilih. Eh ? Tapi masa bujang pun punya payah nak dapat awek. Haha.