Cik Atenn Azlan//


JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Cik Atenn Azlan
31 tahun
Married
Shah Alam
Universiti Malaya











Apa Perempuan Fikir Bila Tengok Bola ?

Apa perempuan fikir bila tengok bola ? Bukan perempuan lain, ni perempuan ni haaa. Aku sendiri.

Capai laptop kejap. Nak jadi pengulas bola sepak. Mana tau boleh gantikan arwah Hasbullah Awang. Eh gituuu.

Aku kena temankan dia tengok game MU lawan Arsenal pagi ni. Mata dah rabak gila wei. Sekarang dah minit ke 23.14 saat. Nampaknya MU dan Arsenal masih lagi mengekalkan mata 0-0.

Pagi ni rasa macam tak ikhlas pulak nak temankan dia tengok bola, ada masalah kegagalan hormon agaknya. Tak pasti samada masalah hormon atau masalah sistem pencernaan. Kencing ni asyik taknak lawas je. Fedup betul la.

Sekarang ni Di Maria tengah pasing bola kat sape entah. Aku tak nampak la orang tu sape. Sape tu weii ? Hmm, dah ghaib pulak budak tu. Tapi tak dapat pasing. Kaki dia belok kot. Pigi hospital sana jumpa pakar tulang la, betulkan sikit tulang kaki tu !

Haa tu sape yang pakai jersi nombor 17? Pemain Arsenal. Tak kenal laa. Tapi hebat jugak. Eh eh eh. Dah gol la! Jersi nombor 18 bawak bola masuk gol. Ok diam. Jangan kata apa-apa. Tuan rumah dah hentak hentak kaki kat lantai rumah.

Suami aku dah mengerang dah tu. Dah bunyi dah perkataan 'haramjadah'. Sabar jelaa.

Bola pagi ni warna pink la. Menarik jugak. Pink ke? Tapi nampak macam pink. Eii, comelnyaaaaa. Nak satu boleh ?

Coach Arsenal si Arsene Wenger nampak duk buat tangan yes yes je, mentanglah dapat buat 1 gol. Hmm.


Sekarang ni minit yang ke 27.20 saat. Ada iklan TIEMPO. Apa tu?  Kalau AON aku tau laa.

Oww, depa main kat Bulova. Yeke? Bulova tu apa? Aku agak Bulova tu tempat kot. Tapi bila aku google, aku dapat ni.

Serious Bulova tu jenama jam ? -_-

Yeayyyy. MU gol! Tudiaaaaa Ronnie, ang memang teraa! Orang tu dah 'wu wuuu, wuuu' duk bersorak. Slow sikit boleh tak? Tanjat titeww.



1 ke kanan



2 ke kiri



3 ke kanan balik

Ikut step ni ea kawan kawan untuk hauskan kepala lutut anda sekalian -_-

1 sama dah. 1-1.

Reff dah tiup wisel. Dah kenapa? Adoii. Takyahlah gaduh gaduh. Pemain Arsenal yang mamat hitam jersi nombor 23 tu baju dia kena tarik. Alaaa, maafkan jelaa. Tak sengaja kot. Tarik baju je pun, bukannya tarik seluar.

'Woo woii, jaga laah. Ish bahaya'. Ayat dia bila gol MU nak kena serang.

Minit ke 32.32, penjaga gol Arsenal melambungkan badan untuk menangkap bola. Tak sakit ke? Ni kalau aku gaduh dengan sape sape, aku taknak baling barang lain, aku nak lambung dia je. Nampak macam menarik.

Bola terus dikejar dan dipasing pasing. Pening kepala aku duk buat ulasan sambil tengok bola, ko ingat aku ni pengulas bola sepak ke?

Wooo, pemain jersi 17 memang awesome weh. Tapi awesome lagi team MU. Ayat amik hati :P

Minit ke 24.37, MU dapat corner kick. Aku tanya suami aku, corner kick ke corner side? Dia cakap, corner tu side laa. Benda sama. Malu aku kejap -__- Padahal aku saja nak kacau konsentrasi dia. Alih alih aku yang dapat malu. Boo !

Minit ke 36.52, dua dua jatuh terpelanting kes berebut bola. Tak paham betul aku -_- Saja buat buat tak faham. Padahal selama ni tengok bola, boleh je paham. Eh. Baca la kat atas tu, aku kan ada masalah kegagalan hormon.

Yess. Dapat tangkap bola. Jangan bagi depa gol !! Bawak pi ke lain bola tuuu !!

Kau kejar bola, bila dapat kau sepak dia.  Kau ingat bola takde perasaan ke? Kau bagi dia harapan palsu tau tak?? Sebelum dapat dikejar, bila dah dapat kau sakitkan dia. Laki semua sama. Dah dapat tu, ambil bola bawak masuk dalam jersi la, pastu lari balik rumah. Senang cita.

Ehhh. Abang kawasan, jaga gol tuuu ! Jangan kasi bolos sama depa.

Ouh. Jersi 17 tu nama dia Alexis.


Ronnie !!! Bertindakkk !

Coach MU macam tengah mengumpat. Tapi bukan ngumpat pasal aku. Nasib baik.


Tapi kalau dia mengumpat pun, dia akan cakap macamni.

Dia : Kau kenal Cik Atenn Azlan.
Ryan Giggs : Bini amer tu kan ? Budak yang mata dia rabak pagi ni sebab temankan laki dia tengok game kita tu kan ?
Dia : Budak tu comel sebennarnya. Tu je aku nak cakap.
Ryan Giggs : *____*  Wowww.

Di Maria ni pelat betul laaa. Depan gol dah tuu. Adoooiii. Tendang kasi masuk itu bola laaa. Kau ni, kang aku cakap hidung kau sama dengan Zizan, kau acah acah nak terasa hati pulak dengan aku,

Minit ke 41.35 - Aku nampak iklan DHL. Dia cakap MU, chance to win.

Dapat masa tambahan 2 minit.

Tamat untuk separuh masa pertama. Ni yang tak best didengar ni, dia suruh aku kejutkan dia bila game dah start balik.

Tapi aku yang tidur........ Zzzzz zzz zzzz.

------------  Selama mana aku tidur ----------------------

Aku sedar sedar je, dia dah tengah duk memaki MU. Sabar jela.

MU kalah T___T





Info : aku tulis apa yang aku nampak je. Dah masa aku tengah menaip mana aku nampak apa apa dah kat tv. Tu yang cita nampak takde kronologi langsung. -__-